Tinggalkan kaki korang disini

Tentang Gua dan semut gua

My photo
Celah gigi semut gua, Dalam Perut ikan Paus, Malaysia
Gua de bela satu buah semut, Namo die tipah atau nama saintifiziknya mentibang laut, Gua sayang Berliau, Gua xheran apo Luorg nak kate tentang gua dan semut gua, Yang penting kami hidup bahagia (macam dalam Titanic)

Penjaga Cik Mutt gua

Wednesday, April 28, 2010

Memasang dan menginstall Pencetak lama Dalam Vista

Aku ade beberapa soalan untuk korang ari ni ? Pernahkah korang mencuba utk menyambung Printer lama korang di PC yang menggunakan OS VISTA? atau pernah x berjumpa dengan masalah atau error yg mengatakan "PCL Driver Not Compatible" di dalam OS VISTA? Kalo pernah,bacalah posting aku nie ,kerana aku de berita baik untuk korang.

Semasa install printer korang yg lama tuh (cnth seperti NEC superscript 1450) ke atas Sistem OS yang baru, serta merta akan muncul 1 skrin error yang mengatakan ketidakserasian hardware(incompatibility issue). Message error sebegini akan muncul tiba2 pada skrin komputer korang : "PCL6 driver was not compatible with a policy enable on your computer". Selepas korang dapat mssg error tuh,korang pada dasarnya tidak mampu untuk menggunakan pencetak lama korang. Tetapi, seperti yang aku katakan tadi, aku akan memberikan sedikit bantuan untuk korang bagi membolehkan printer korang td dapat di install.

Di bawah ni adalah cara untuk korang lakukan supaya printer korang dapat diinstall di dalam OS Vista(ataupun yang latest).

Mssg error tersebut dengan terang² mengatakan terdapat satu masalah dengan policy (dasar),dengan itu,apabila policy(dasar) sama telah berubah,korang akan dapat 'up' kan balik printer korang dan dapat berjalan semula.Apa yg korang perlu lakukan ialah :


1. Korang g kat start,
2. Taipkan "gpedit.msc"(tanpa koma diatas) pastuh tekan enter. Itu akan mengeluarkan window yang bertajuk Group Policy object editor/
3. Di bawah Computer configuration section, korang double klik dekat administrative templates dan selepas itu korang select printer
4. Dekat tetingkap sebelah kanan, cari policy yang bernama" disallow installation of printers using Kernel-mode Drivers" dan klik 2x
5. Set statusnya kepada disable.



dengan disable kan policy tersebut,korang akan dapat menggunakan segala mak nenek printer yang menggunakan sistem kernel mode drives tuh dan juga printer² yang lama tuh(maybe x support dengan OS baru(XP,VISTA,WIN7),mgkin printer tersebut hanya boleh diinstall dkt OS 95,98,2000).setelah selesai,klik ok untuk menutup window Group policy editor. Kemudian korang kenala restart komputer korang untk memberikan kesan di atas pe yg korang lakukan tadi. Ituh saja yang korang kena lakukan. Sekarang korang boleh la menginstall segala pencetak kegemaran korang dengan komputer yg menggunakan OS yang baru dan latest..


0 Gegar Otak:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails