Tinggalkan kaki korang disini

Tentang Gua dan semut gua

My photo
Celah gigi semut gua, Dalam Perut ikan Paus, Malaysia
Gua de bela satu buah semut, Namo die tipah atau nama saintifiziknya mentibang laut, Gua sayang Berliau, Gua xheran apo Luorg nak kate tentang gua dan semut gua, Yang penting kami hidup bahagia (macam dalam Titanic)

Penjaga Cik Mutt gua

Thursday, April 22, 2010

Mengrecover File MS Office yang telah crash dari file Temp


Me-recover file Ms Office dari file Temp


MS Office memiliki filter option AutoSave dan AutoRecovery yang biasa digunakan untuk menyelamatkan kerja² yang korang lakukan dan yang terhenti kerana
tiba² elektrik terputes, system crash, atau kesalahan-kesalahan lain yang kadang² kita lakukan.

Kebanyakan orang tidak mengetahui dan tidak mengaktifkan filter ini. Akan tetapi, korang jgn bimbang. Walaupun korang tidak mengaktifkan filter ini, korang mungkin masih boleh menyelamatkan kerja² tersebut. Kita dapat menggunakan file temp yang secara automatik dibuat oleh MS Office.

Bagaimana caranya?
Langkah pertama yang harus kita lakukan adalah
Mencari File Temp MS Office. Ketika suatu dokumen dibuat, secara automatik ada satu file temp yang dibuat juga. File temp ini kadang berada di folder temp Windows, kadang juga di folder yang sama dengan file yang korang buat. Biasanya file temp MS Office memiliki kriteria tersendiri, seperti bermula dengan tanda ~, atau kata khusus diikuti nama file yang dibuat. Jum tgok 1 persatu ...

Word:
Untuk file temp dan recovery dari word, Ianya memiliki ciri sebagai berikut [xxxx berupa angka]:
1. dokumen word memiliki ciri : ~wrdxxxx.tmp
2. dokumen temp memiliki ciri : ~wrfxxxx.tmp
3. file auto recovery memiliki ciri : ~wraxxxx.tmp
4. file auto recovery yang sudah siap/complete memiliki extension .wbk

PowerPoint:
File temp powerpoint memiliki ciri : pptxxxx.tmp

Excel:
File temp excel memiliki ciri : ~dfxxxx.tmp

Sebenarnya masih ada beberapa bentuk file temp dari MS Office. Akan tetapi, pada umumnya seperti di atas lah yang sering digunakan.

Menggunakan file temp dan auto save untuk mengrecovery dokumen MS Office

Word
Pada MS Word terdapat filter autosave yang secara default diset setiap 10 minit menyimpan. File autosave ini biasanya di simpan di:
1. "C:\ Documents and Settings\\Application Data\Microsoft\Word".
2. "C:\ Documents and Settings\\Local Settings\Temp"

Korang boleh saja langsung menggunakan file autosave tersebut. Gunakan notepad untuk membukanya. Jangan menggunakan Word. Atau jika komputer korang mengalami crash atau mati secara tiba², korang boleh membuka secara langsung program word, tanpa membuka file terdahulu.

Excel
Excel tidak memiliki filter AutoSave secara default, korang sendiri harus menambahkan filter ini. Ini pasal tidak selalu praktis jika mengaktifkan filter ini. Jika korang sudah meng-enable filter AutoSave di excel ini dan ingin melakukan eksperimen, korang harus membuat copy file nya dulu supaya file asli tidak tertimpa/overwrite file Auto Save.

Untuk mengaktifkan filter
Auto Save di MS Excel, gunakan menu “Tools” -> “Add Ins” dan pilih “AutoSave”. Untuk Office XP, menu ini ada di “Options” bukan “Add Ins”.
Tempat default untuk menyimpan file auto save MS Excel adalah di "C:\ Documents and Settings\\Local Settings\Temp". File tersebut disimpan dengan nama berupa angka dan berekstension .tmp. Contohnya “123.tmp”. Hal ini akan memudahkan kita membezakan mana file temp excel dengan file² yang lain.

PowerPoint
Filter auto save pada powerpoint sudah diaktifkan secara default. Korang akan ditanya nama file ketika auto save ini pertama kali berjalan. File temp powerpoint ini biasanya berformat pptxxxx.tmp di mana xxxx ini berupa angka. File auto save power point biasanya di simpan di "C :\ Documents and Settings\\Local Settings\Temp".

Informasi lain yang berguna
Jika korang bekerja dengan copy paste, atau meng-cut. Kemungkinan data tersebut tidak hilang selama komputer tidak mati atau restart. Hal ini karena semua data tersebut disimpan di file bernama ~wrlxxxx.tmp

Semoga korang mampu menyelamatkan file dokumen office korang.

0 Gegar Otak:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails