Tinggalkan kaki korang disini

Tentang Gua dan semut gua

My photo
Celah gigi semut gua, Dalam Perut ikan Paus, Malaysia
Gua de bela satu buah semut, Namo die tipah atau nama saintifiziknya mentibang laut, Gua sayang Berliau, Gua xheran apo Luorg nak kate tentang gua dan semut gua, Yang penting kami hidup bahagia (macam dalam Titanic)

Penjaga Cik Mutt gua

Monday, May 03, 2010

Kehidupan

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, bagiku esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. Sejauh mana kita beramal? hanya kita sendiri yang tahu

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Aku tidak selalu mengharap…

kerana mengharap tidak pasti tertunai.

Tetapi Aku boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar aku erti kehidupan.

Janganla aku menangis kerana gagal dalam cinta..

sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta. Hanya cinta pada Allah yang maha esa

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang.

Kata² maaf sering di ucap, namun hakikatnya perilaku sentiasa mengulang..

Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Sama seperti aku yang kuat berdendam.

Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan.

Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat. Hanya mengharap Cantik di luar buruk di dalam, untuk ape semua itu???

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Aku masih terikat, terikat dengan sebuah perhubungan, janji dengan maha esa ,.........

0 Gegar Otak:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails