Tinggalkan kaki korang disini

Tentang Gua dan semut gua

My photo
Celah gigi semut gua, Dalam Perut ikan Paus, Malaysia
Gua de bela satu buah semut, Namo die tipah atau nama saintifiziknya mentibang laut, Gua sayang Berliau, Gua xheran apo Luorg nak kate tentang gua dan semut gua, Yang penting kami hidup bahagia (macam dalam Titanic)

Penjaga Cik Mutt gua

Monday, August 23, 2010

Buat Semua Suami dan Isteri..



Nie cerita hal raya,
bukan berkaitan dengan aku pun, aku just dapat dari emel yang kawan aku bg kat aku, untuk renungan kita bersama..sebab citer nie penuh dengan mesej yang ingin disampaikan


Ceritanya bermula camni,

Setiap kali menjelang ramadhan, terngiang² suara ibu yang rasanya baru sahaja saya dengar walaupun sudah berlalu berbelas² tahun lamanya..Diantara tazkirah ibu yang saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinya yang masing² masih bujang)" total adik beradik semuanya 6 seorang dah kawin dan duduk bersama suaminya. Ibu akan bercerita tentang kebesaran ALLAH dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh anak² nya walaupun ketika itu, saya masih bersekolah menengah rendah.Ayah pula sudah meninggal dunia ketika saya berumur 3 bulan.

IBU : Apa yang nak ibu cakap nie.. dengar baik², lebih² lagi pada Ateh(anak no.3) dan Acik (anak no.5) dan saya (anak bongsu ke 6). Ateh akan mendirikan rumah tangga tidak lame lagi kan. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul x??

Ateh & Acik : Betul...
mestilah rumah ibu dahulu...


IBU : Dengar Dulu...
Contohnya rumah kamu di Paka, rumah ibu di johor dan rumah mertua kamu di Marang, rumah sapekah yang akan kamu tuju dulu??

Ateh & Acik : Rumah ibulah...

IBU : Tidak
Ibu tidak izinkan kamu balik ke sini..
Baliklah ke rumah mertua kamu dan jika mertua dan suami kamu izinkan barula balik ke rumah ibu....
Ibu x kisah hari raya ke berapa sekalipun..

Ateh : Mengangguk tanda paham...(Ateh ni banyak ikut perwatakan ibu..penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut..diantara kami adik beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga)


Acik : Mana boleh camtu , tak acilah..
kena gilir² lah baru adil..(dia nie mmg kaki bangkang pun..outspoken ckit kalo die x puas ati)

Ibu : Ingatlah...
Jika anak² perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapanya di akhirat nanti..
taatlah pada suami dan mertua....

Acik : Macam kaum H****** lak...
Dah kawin x boleh g rumah mak bapak !!

Ibu : Bukan macam tuh..
Islam tuh indah....
Setiap anak² perempuan yang taat pada suami di samping mertua mereka, ibu bapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu...dan seperkara lagi, untuk menjaga suami tidak sesusah mananya..
Hanya dua perkara kalo kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM....
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA...
Insyallah dia x kan kemana²...
Kalo die melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah, kamu x payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah , Ateh bernikah dengan seorg pemuda yang yatim piatu..Jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu bapa. Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka, cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir ALLAH ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, 2 hari sebelum raya puasa,Acik sekeluarga tiba di rumah ibu...Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu padamasa itu.

Selepas pulang dari solat terawikh, ibu duduk berbual bersama abang ipar..

IBU : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka(die nie mmg malu sakan dengan Ibu)

IBU : Adakah ini desakan dari Isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu..
Saya izinkan keluarga saya beraya di sini..

IBU : Bagaimana dengan ibu bapa kamu? Adakah mereka setuju?

Abang Ipar : Mereka tiada halangan..(dalam hati, saya rasa terkilan.. apalah ibu ni..biarkanla Acik nak beraya di sinipun)

IBU : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu..
(Abg ipar bangun dan mendial no talipon kampungnya dan menyerahkan gagang talipon pada ibu..lama gak ibu berbual dengan besannya). Emak kamu tiada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(Sambil menitis airmata)

Terima kasih kerana membawa anak dan cucu² ibu ke sini..

Apabila habis bulan syawal, seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah..
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membingbing anak² perempuannya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua² anak² lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidungnya menjadi pak turut kepada isteri mereka.

Bayangkan la , menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu, apatah lagi selepas makan, nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja² rumah yang lain (tak boleh citer pjg..da masuk bab mengumpat lak....)

Semasa saya di tingkat 6 atas, ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan
di atas sikap anak² lelakinya..

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumah tangga.. masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mertua saya..Saya juga salah seorg menantu yang disenangi..

Saya selalu bertanya pada diri sendiri...
Sempurnakah sudah aku sebagai seorg menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorg isteri yang solehah ?...

Berjayakah aku menjadi ibu seperti mana ibu ku dulu????

Ya allah..
Berikanla aku petunjuk dan pimpinla aku kejalan yang engkau redhai...
Aminnnnn


MOral Of the story
Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik²
Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan, jangan sampai jadikan suami anda anak derhaka.....



2 Gegar Otak:

mommyosh said...[Balas Gegar Otak]

oooo wan...awat tak dpt nk komen kat komen box tu..da la lmbt nk tgu die kua..pastu takleh nk taip ko tanak naik lak..ke kat k.lily je jd camtu..pape pon blog hang comei..k.lily jeles "P

one2paii said...[Balas Gegar Otak]

Salam kak,dekat sy punya ok jerk..x la slow sgt loading..lgpun one guna brodbnd jerk, ok jerk tgok..akaknya blog pun cntik gk..pe2 pun tq kerna puji(kembang perut terima pujian)heheh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails