Tinggalkan kaki korang disini

Tentang Gua dan semut gua

My photo
Celah gigi semut gua, Dalam Perut ikan Paus, Malaysia
Gua de bela satu buah semut, Namo die tipah atau nama saintifiziknya mentibang laut, Gua sayang Berliau, Gua xheran apo Luorg nak kate tentang gua dan semut gua, Yang penting kami hidup bahagia (macam dalam Titanic)

Penjaga Cik Mutt gua

Thursday, May 27, 2010

Automatik Rapidshare Downloader Untuk Akaun USER



السلام عليکم


Rapidshare Plus 4.0 adalah satu software percume untuk korang dan mudah. Ia menggunakan downloader automatik yang membolehkan korang bebas untuk mendownload beberapa file dari rapidshare secara automatik. Ini membolehkan korang mendownload file² dari rapidshare dan mengurangkan tekanan pada korang bila mendonlod file yang terbatas bila menggunakan user akaun berbanding akaun premium yang tidak terbatas untuk mendonlod


Rapidshare downloader ini akan Queue file korang untuk didonlod mengikut susunan file yang korang letakkan. Juga membolehkan korang mendonlod secara outomatik setelah mencube untuk mendonlod setelah had masa ditetapkan dalam rapidshare



butang add tuh untuk korang masukkan link url yang korang dah copy dan paste kan dalam rapidshare plus, bila dah masuk, korang klik donlod untuk korang donlod file dari server rapidshare. Korang leh donlod banyak file dalam software nie mengikut susunan yang korang tetapkan

contoh: korang nak download file nie http://rapidshare.com/users (link nie korang dapat dari site mane²) korang terus add dalam butang ADD rapidshare plus nie


Klik SEdUUT untuk mendownload


Wednesday, May 26, 2010

DETECT ERROR MESEJ DARI WINDOWS

Bagi sesape yang komputernya ade kua error message dalam windows, kena pulak korang x paham error tuh tentang menatang ape th, guna ar software yang aku bagi nie



caranya mudah jerk, kalo de error message kua waktu korang install something atau dengan tiba² jerk error windows muncul, korang tgok pada code error yang kua tuh, dan korang masukkan dalam software error message for windows nie(contoh seperti dalam gambar)..Gambar nie aku attach sebab masa aku nak install driver windows kat komputer client. Bila dah kua camnie baru la aku tahu yang driver yang aku masukkan untuk motherboard PC tuh x ngam..So pasnie korang leh la senang detect pe Error yang terdapat dalam PC korang..

SEDUTTT kat cni untuk mendonlod

Tuesday, May 25, 2010

Mengunci, Membataskan dan mematikan Keyboard dan Mouse

Ada ketika, 1 masa tu kita leka atau cuai, kena pulak de kanak2, budak2 dan anak2 korang berhampiran laptop atau komputer korang, ape yg korang akan lakukan?? haalau dorang ker?? atau terus tutup laptop korang??
Kadang2 budak2 nie cume nak bermain game atau ape sajer yang membuatkan dorg seronok xpun sajer2 jerk nak menekan keyboard atau menggerakkan mouse dengan selamba badak dorang, nak marah pun x guna, budak2 lagi la wok..

Pada masa tuh ar, lebih baik korang mematikan fungsi keyboard dan mouse supaya tidak ada respon pun sekiranya dorg nie bermain dengan laptop atau PC korang..Untuk kes camni la, korang perlu untuk meng'LOCK' dan menyahaktifkan keyboard dan mouse

Di bawah ni, ada beberapa Program yang dapat membuat keyboard dan mouse tidak aktif :


1. Kid Key Lock - Software nie adalah yang paling mudah, Percume pun percume, xperlu bayar untuk guna. Ianya boleh digunakan untuk mematikan butang tertentu pada keyboard, malah keseluruhan keyboard, dan juga mouse korang.





Perisian nie boleh mengunci Pad kekunci seperti berikut :

Mouse Lock options:
  • Left mouse button
  • Middle mouse button
  • Right mouse button
  • Double click
  • Mouse wheel
Keyboard lock options:
  • Standard character keys (letters, numbers, signs, etc)
  • Windows system shortcuts(e.g. alt-tab, win-key, etc)
  • Additional keys (Navigation keys, function keys, ins/del, home/end, etc)

2. Child Proof - Ini lak salah satu program percume dimana ianya melindungi komputer korang dari budak2 klik dengan sengaja. Apabila ianya dah start berfungsi dan running, ia akan sembunyikan semua tetingkap yang korang buka serta taskbar yang berada di bawah. Kemudian ia akan menggantikan taskbar dengan sebuah taskbar yang baru di mana korang leh biarkan budak2 tuh untuk bermain game yang korang pilih tanpa melakukan sebarang kerosakan apa pun pada komputer korang


3. Toddler Keys - Aplikasi ini nampak lebih bagus, kerana tidak hanya menyekat Keyboard dan mouse tetapi juga boleh mematikan butang power CD dan DVD drive serta mengunci dan menghalang drive(CD & DVD drive) untuk membuka dan juga boleh mengunci mouse dan keyboard. Kemudian ia akan memaparkan skrin terkunci, korang boleh menetapkan gambar untuk memaparkan atau suara yang akan bermain sekiranya butang keyboard ditekan.
Untuk menghentikan program, korang hanya perlu taip kata QUIT(tanpa menekan) butang CAPS LOCK. Perkataan password boleh ditukar dalam butang OPtions

Semua program yang aku bgtahu nie adalah bebas untuk digunakan, ianya freeware x berbayar pun, harap ianya dapat menyelesaikan masalah korang untuk membataskan keyboard dan mouse korang dari kanak2..sekurang2nya program nie dapat la membantu korang untuk menangani budak2 nie(yang suke mengaco PC korang bila korang x der kat depan pc) tanpa mematikan komputer korang


Monday, May 24, 2010

Speed up internet Explorer korang

Posting kali ini adalah untuk menunjukkan tentang permainan dari sudut registry komputer dan membolehkan internet explorer korang berada dalam taraf yg tersendiri, dalam erti kata len perjalanan loading IE korang laju la.

Sekiranya tergeraks la ati korang untuk mendapatkan kepuasan dalam melayari internet yg korang sendiri rasa berubah cam laju jerk skang nie berbanding dulu, korang leh la try cara yang aku posting kali nie..

Nota: ape² pun sebelum korang meng adjust Registry korang lakukan backup dulu untuk keselamatan, takut² berlaku masalah lak nnt..

Untuk buat backup, ikut langkah seperti di dalam gambar nie ;
Korang gi kat START > RUN > taip REGEDIT

Gi kat file, pilih export, pastuh wat selection folder untuk korang buat backup tuh(simpan dalam folder yang senang korang cari erk), dan namakan backup tuh sebagai backup registry




OK, skang kita mulakan langkah untuk memulakan agar IE korang laju yang lua biasa

mula² korang g kt butang START > RUN > kemudian korang taip REGEDIT



Kemudian dekat kekotak kiri Registry editor tuh korang cari wording nie
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings


sebelah kanan tetingkap registry editor nie, dalam content "
Internet setting", korang cube cari wording yang aku highlight tuh. Iaitu "MaxConnectionsPer1_0Server" & "MaxConnectionsPerServer".

dan sekiranya tiada, korang perlu la edit sendiri untuk memunculkan ayat tersebut .
Caranya adalah seperti berikut :

korang right klik kat tetingkap belah kanan tuh, select New > DWORD value dan tukarkan nama DWORD tuh kepada
"MaxConnectionsPer1_0Server" & buat cara yang sama dan namakan pula "MaxConnectionsPerServer" . Maknenya nnti ada dua nama seperti yang di atas akan kua dalam tetingkap registry.


kemudian setelah siap, korang double klik
"MaxConnectionsPer1_0Server" & "MaxConnectionsPerServer", dan masukkan value data dalam DECIMAL = nombor @ angka yang dimasukkan adalah dari no 6-10. Lakukan kedua² nya






Then, lepas abis semua yang korang wat tuh, korang leh close dan cube restart pc korang
lepastuh, korang tgok la sendiri perubahan IE apabila korang open jerk IE n cube untuk search something..ituh sajer...


Tuesday, May 18, 2010

Dihati gua kelantan

Rasa seperti sudah lama yg amat gua x menaip ..terasa gatal lak tgn nie nak coret2 dalam post nie..geram pun de, abis asal nk mengadap laptop jerk de jerk diberi tugas yang penting, cam dalam citer imposiibel mission hehe, (ade ke citer tu). Kali nie gua berada di kelantan di daerah kubang kerian, ade la kerja ckit kt pejabat kerajaan , macam biasa la doktor komputer nie merata2 kena pergi, asal de job jek atau org minta tolong, kena la gua tolong, mcam superheloo la, hehe,

nie kira 1st time la gua datang kelantan nie, sonok rasa bila bertandang ke tmpat org, len dari bandar, yang tiap masa nye ada jerk asap kilang la,bunyi bising la, riuh sekampung, otak gua nie bukan leh bising2 pun, semak rasa, kalo duk hulu pun lagi gua suke , xder gguan..

kota kelantan..gah sehebat namenya, mmg x dinafikan..org kater tuan guru mentadbir, cukup cantik, molek pekerti, pergi mane jerk de jerk gua dgo tazkirah, petang2 lagi dah mula tazkirah, makanan2 die jgn citer la, menjilat ibu jari bila dok pekena, dalam 3 hari gua kat cnie aku rasa muka gua dah cm bulat dah, hehe, cakap pun dah cam org kelantan..maklumla, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum..kena la ikut cara depa bila kita dah berada kat tmpat org kan..hari ni, selesai kerja2 instalasi antivirus di pejabat kerajaan tmpat gua bekerja nie(pandai2 la korang cari nama pejabat nya erk), kerjasama org2 kat cnie, mmg terbaeek wok.. siap layann dan makanan ag(bertambah bulat dah nie)..asal kerja ckit, air teii dpa bagi, nasi bungkus, pisang gorengnya ag..

asal malam jerk , ape lagi jadi burung hantu la, pekan x mati wok, dalam kul 11 pun penuh lagi org, kedai pun de yg bukak ag..pekena tomyam lagi kat restoran SU tomyam..menarik gak la, pastu gua ngan mmber gua g la dekat Wakaf che ye..Macam2 ader, macam utptown kat area2 KL la gak, sempat la gua beli barang2 untuk mak gua dan tunang gua, siap bertnya2 lagi ngan awek2 kat ctuh, tny dik mane 1 baju yang cantik kalo adik nak pakai, nasib la depa sporting, pilihkan lagi, bayar x dapek la dorg nak sponsor kan, sendiri mau ingat la..hehe..sory la x dapat nak tgkap gmabr kat negeri nie, x bawak kamera la kawn..kallu x leh la korang tgok sendiri keindahan negeri kelantan nie, padahl msti ramai dah g kan..x sempat gua nak jalan g sempadan..hehe, aduus rugi lak x dpat g..

ari kamis nie, mula kerja balik, malas rasa nk kerja, kalo leh nak wat kerja sambil jalan, OT n claim pun leh jadi berbukit, kencang dapat...baru ar de duit untuk belanja ckit..nie duk opis kerja cam nak gila ..hehe, ape2 pun rindu ar kat org kelantan n makanan die..gua g sana dah cam pelancog lua , semua layan bek2 jerk..especially kat pejabat yang gua g tuh..thanks tu u all bebe...



Gambar nie jerk yang aku dapat tunjuk kat engkorang sebab pejabat kerajaan yang gua g betul2 sebelah masjid besau kubang kerian..ehehe...

adiosss ..

Thursday, May 13, 2010

BINATANG LAGI MULIA !!!!!



Hari tuh aku terbaca Paper **** yang mengatakan tentang anak derhaka, Selang beberapa hari jerk kita menyambut Hari Ibu(seingat aku la, baru lagi jerk pun)rasanya korang pun de terbaca pasal isu anak & isterinya memarahi ibunya di khalayak ramai berdekatan dengan bengkel membaiki kereta di Pusat Komersial Shah Alam pada minggu lalu..

Dalam paper **** tersebut mengatakan yang sepasang suami isteri bertindak memarahi & memaki hamun ibu mereka hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dr kete tuh dimarahi depan² khalayak ramai, sehingga makcik tu menggigil & menangis ketakutan, dan yg bestnya anak² die wat x thu jek.Yg bertmbah best lagi, manusia yg bijak pndai tuh mencerca xcukup lagi memaki lalu meninggalkan makcik tuh terkapai² bersendirian, setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Nasib la de org yg perihatin(peniaga yang berniaga di kawasan itu), bawak makcik tuh ke balai polis yg berdekatan..Gua saluteee la lu brader, niat lu sangat murni, biau allah sajer yang membals jasa bro..org kater x elok jaga tepi kain org kan, tapi lantak la org nak cakap ape, aku rasa kena jugak jaga tepi kain org, kan kan..hehe, terBaiiiik la aku ucapkan...

Masa tu, ramai org menyaksikan adengan yg seolah drama telenovie 'anak derhaka' tu, ade yg terkejut dengan tindakan pasangan itu, sehinggakan ada yang merakam kejadian terbabit (mcm amik shot & angle filem) dan melahirkan rasa ketidakpuasan ati mereka di laman sosiiial, FB. Dari paper tersebut ianya bertajuk " ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’ ", di bawah kategori minatan awam yg membolehkan sesape jerk yg mempunyai akaun dalam laman FB nie memberikan komen mereka,
....Wallahualam, aku pun x thu tul ke x de dalam FB, sebab aku x de akaun FB, korang cube la cari erk...

Cukup terkilan bila aku baca berita camtuh, dahla sambutan ari ibu baru jerk berlalu, kena marah lak ngan anak² di depan org ramai, saper x malu beb.Kalo mak aku kena marah camtuh, nahas la org tuh aku kerjakan .."Bo****ohh" punya org la, mane akal ko letak, ko ngat tuh kawan² ke?..Binatang pun tahu sayang darah daging die, inikan manusia yang diberi akal berpikir..


Apa nak jadi dengan manusia skunk? Sudah hilang rasa hormat terhadap ibu bapa? Benar kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita membalas budi ibu bapa yang bersusah payah menjaga kita daripada kecil. Hargailah orang yang tersayang, jangan kemudian hari nanti baru kita kesal dengan perbuatan kita sendiri.haaaaiii tahla..No komen dah ...

korang saksikan jerk la video nie hasil dari sumbangan kawan aku...huhu

video

sumber : dari rakan aku yang menyumbangkan video ni, & Paper malaysia


Monday, May 10, 2010

BULAN APRIL....


gua pun dah x thu nak tulis n bebel pasal pe dah ni..korang jgn nak complen lak ye, hanya minta kerjasaama untuk mendengo yee..Now gua nak citer pasal org yang lahir bulan 4 nie, walaupun bulan 4 sudah terlanjur ditinggalkan bulan 5 la nie, gua redho sebab arijadi gua dah terlepas..huhu


KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - APRIL
Wallahualam, gua pun x thu betul atau x, nak percaya atau x ?? percaya ker?? ke xnak percaya???


Sangat aktif dan dinamik..
yee², umpama atlet antarabangsa, lalalaa..

Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal..
yang nie gua x nafikan, mmg betul la tuh

Sangat menarik dan pandai manjakan diri..
hehehe~ no komen sayang

Punya daya mental yang sangat kuat..
Benarkah ??

Suka diberi perhatian..
Yup, surely u Rite !!!

Sangat diplomatik (pandai memujuk )..
Temberang la lu kalo kater gua pandai memujuk, th bila masa lak aku nie amik kursus memujuk org ni, lagi dibiaukan org tuh majuk lagi la de, sepatah haram pun gua x pujuk kot, heheeh

Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang..
HmMmm..korang la koment untuk gua yer

Sangat berani dan tiada perasaan takut...
Hahaha, Maybe..pantang dicabar, Klao wat salah mmg la takut...

Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah..
adventure ?~betol!
pnyayang? Macam Budak² kot..
sopan santun dan pemurah?? Hmm..tahle..korang la bg jawaban

Emosi cepat terusik..Try control the emotion..
Hmmm..Surely riTeeee

Kecenderungan bersifat dendam..
Yang nie mmg betul la tersangat², jgn la nak cube wat TaiK kat gua lak, Silap² mampoih gua dajal Luorang balik.Panas Baran weh, susah nak kawal..~~ huhu...

Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan..
Bukan kelam kabut la sayang, tuh gementar tuh, maklumla darah hijauuu...Lalala~

Kuat daya ingatan..
Skang gua rasa x kot, sebab otak nie penah digegarkan gaknya

Gerak hati yang sangat kuat..
Sometimes have sometiMes Not

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain..
Sure mehhh.....

Berpenyakit di sekitar kepala dan dada..
Barah payu Dara??
@ Jantung ?? (kena kurangkan rukuk nie) susah tul nak stop , lepas 1 , 1 lagi dibakar

Sangat cemburu dan terlalu cemburu...
INI TIDAK DINAFIKAN LAGI , MMG BENAU LA SESANGAT !!!!


SO , makcik², akak² serta abg² korang bagi la jawapan sendiri kat gua, gua pun x tahu la benau atau x~~~
hanya korang yang dapat menilai org yg korang sendiri tgok kan ??


Majlis Tunang Abang gua


Sory la bro..
 
guaterlupa nak update pasal abang gua nie..
cian kat depa, tgok² blog gua , tp pasal depa tunang x der lak..hehe
padahal nnt wat majlis sama² ngan gua gak ti..
so gua nak citer ckit pasal abg gua nie
die dah pun selamat bertunang dengan kamalia, kita org panggil Mia jerk, org johor tuh..lokasi aku x baper ingat lak..nak kena tny balik ngan abg gua ..sebab tunang die kan..(kalo x silap gua kat tangkak muar)

Perjalanan jerk dalam lebih kurang 2 jam camtuh ar..ramai la gak yang follow dari kalangan ahli keluarga gua..so meriah la ckit kan.gua tgok dorg nie dah cam pengantin lak nie..Nie yang dok bermain dalam pikiran gua nie, yang nie majlis nikah ke bertunang ?? gua sendiri confius dah nie, korang nie dah mengalahkn gua posing lak..hehe(jeles nie).Tak banyak yang gua nak citer kan..so korang layanz la gambar jer erk..gambar ini dah menceritakan semuanya dalam satu masa..hehe



Dari kiri
:aku & adk gua
Posing maut dehhhh..



Dari depan ke belakang : Abg gua(Im), Aku & Banchik
nie muke² yang pantang nampak camera..Posing xsudah..hahaha



Dari kiri: gua,mak angkat aku(mkcik tiah),maksu,nenek angkat aku,maklang,mak aku,OM(laki maklang)

Gambar di atas adalah Model² yang bertanding dalam acara lari bertukar² barang berpasukan




Mia & mak aku

Proses menyarungkan cincin risik & tunang..



Mia & Im

Ha gambar yang nie gua yang take shot beb..



Mia & Im

Gambar yang nie lak adik gua shot


Mia & Im

Shot yang terbaik dari adik gua...HmmmMm..
confius gua ngan budak nie, baru form3 tapi tgkap gambar cam dah pro...huhhu



Nie posing family dik non...


Dari kiri berdiri : ?(maklumat tidak diperolehi), Maklang, Im, Mak mia, Mia,Cik tiah, Mak gua, Maksu, Paksu, Ayah gua, Om
Dari kiri duduk : ?(maklumat tidak diperolehi), Ikram, Banchik(adik gua), & gua




ha yang nie korang jgn marah ar..sempat lagi kitaorg posing masa nak on de way balik nun..
adik gua ni la yang pandai² men tgkap gambar..dah la gua ngah pecut gila²..maklumla driver F1.haha, mau x pecuut, bos² kat belakang semua tido kepenataan..so gua pecut jerk la n bergambar sekali masa ngah drive tuh, hehe,artistik kan kitaorg adik² nie :p


Alhamdulillah semua nya selamat dan berjalan dengan lancar..
So gua nak ucapkan Tahniah la pada abang gua, semoga korang Bahagia yerk..



Copyright n sale : 24.April.2010
Venue : Johor




IBU.......


Semalam jatuhnya tarikh hari Ibu untuk negara² yang sewaktu dengannya. Aku sendiri x melepaskan peluang nie untuk wish kat Ibu aku..Bagi aku la ,bukan semalam jerk tarikh untuk kita sambut ari ibu nie. Sebenarnya patut jatuh pada tiap² ari ,kerana ibu kita tiada galang gantinya dengan sesape pun..die yang mengandungkan..die yang melahirkan..die yang membesarkan dan die la sebab aku jadi manusia yang separuh sempurna..Aku masih belum cukup sempurna lagi ,sebab bagi aku selagi aku x jalankan tgungjwab aku pada ibu aku n balas jaasa org tua aku, aku belum layak menjadi sempurna...Ibuuu..ampunkan anak mu ini, yang terlalu banyak membuat kan mu sedih, terluka, melawan cakapmu ,sesungguhnya masa itu aku tidak mengerti pengorbanan mu, dan kini aku fahami ..engkaulah syurgaku, engkau ibuku yang satu dan tidak ada sesape dapat menggantimu...o0o0hhh IBUUUU..


09.MEI.2010

Salam,

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ibu!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Semuanya hanya pada ibu, dan setelah engkau tua nanti Ibu, bagila anak mu ini peluang untuk menjaga mu,sehinggalah ke akhir hayat mu, seperti mana engkau menjagaku dari aku celik mataku mengenal dunia hingga aku dewasa begini rupa..Sayang Ibu ku..

"Rohayati binti haji hashim"


Yang menyayangimu,
Wan mohd Raffiq(anakmu)


Doa untuk IBU²...

Apabila seorang meninggalkan do’a bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya. (HR. Ad-Dailami)

Oleh karena itu sebagai anak yang berbakti hendaknya kita senantiasa berdoa untuk ibu bapak kita. Di antara doa-doa untuk orang tua yang tercantum dalam Al Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

doa4.jpg

Robbirhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

doa1.jpg

Robbanaghfir lii wa lii waalidayya wa lilmu’miniina yawma yaquumul hisaab

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” [Ibrahim:41]

doa5.jpg

Robbighfir lii wa li waalidayya wa li man dakhola baytiya mu’minan wa lilmu’miniina wal mu’minaati wa laa tazidizh zhoolimiina illa tabaaro

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” [Nuh:28]

doa6.jpg

Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”


Al-Fatihah kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Al-fatihah....

Friday, May 07, 2010

Melajukan Mozilla Firefox korang dgn Speedy firefox

Kadang² Startup firefox sangat lambat, ada delay sehingga beberapa minit baru lah windows firefox muncul. Browser lain seperti Chrome mempunyai kelajuan startup yang sangat pantas. Ini adalah salah satu kelemahan firefox yang ketara.Masalah startup lambat dan respon kurang cekap ini anda boleh atasi dengan perisian bernama SpeedyFox.
Speedyfox menjadikan firefox anda lebih laju dan cekap. Percuma untuk digunakan.

Klik sini untuk sedutazzzzz
..... SEDUTTT


Gambar ini akan keluar selepas korang klik setup ni



Kemudian, korang klik
Run





kemudian kua box camni, korang tekan jerk speed up my firefox!
Selepas itu, installation akn dijalankan..Semudah 1 2 3 jerk kn...hehehe

P/s : pastikan mozilla firefox korang sudah ditutup



Yang ini pula adalah secara Manual :


1.Taip "about:config" dekat address bar browser firefox korang, kemudian tekan ENTER. Selepas itu scroll ke bawah dan cari entri seperti di bawah :

2. Semua entri nya adalah seperti berikut :

Set " network.http.pipelining " kepada "true"

Set " network.http.proxy.pipelining " kepada "true"

Set " network.http.pipelining.maxrequests " kepada nombor seperti 30. Ini bererti, ianya akan membuat 30 request sekaligus.

Set " network.http.max-connections ": 48

Set " network.http.max-connections-per-server ": 24

Set " network.http.max-persistent-connections-per-proxy ": 12

Set " network.http.max-persistent-connections-per-server ": 6

3. Right-click di sebelah tetingkap kanan dan select New-> Integer. Namakannya sebagai
"nglayout.initialpaint.delay " dan set Value kepada "0". Value ini adalah jumlah masa browser internet akan menunggu sebelum ia mengambil tindakan di atas maklumat yang diterima .

4. Akhirnya, open Properties shortcut firefox cth nya yg kat dekstop korang dan tambahkan "/prefetch:1 " kat dlm bahagian Target ..
cth "C:\Program Files\Mozilla Firefox\firefox.exe" /prefetch:1 "


Silalah mencube kedua² cara ini ya...



Tiga Watak di akhir Zaman



Kedatangan Imam Mahdi


disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.


Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.


Bila aku sendiri membacanya ,aku jadi takut gak, mudah² terlindungla kita dari seksa api neraka dan yang sewaktu dengannya...amin


6 perkara Allah sembunyikan


Salam, seronok aku bila membaca tentang artikel² yang berunsur keagaaman dan cerita² pasal para Nabi, wali² dan semua yang telah dieceritakan dalam al quran..kat umah penuh ngan buku² pasal kisah nabi²..Beest gak bila ditenung n dibaca..tah camne la zaman diorg masa tuh kan..Bagai langit dan bumi gak nya kalo nak dibandingkan dengan skang..Kali ni aku nak berkongsi dengan korang citer² camni..Setelah aku minta ijin pada pihak moderate Blog nie..aku posting la kedalam blog aku..semoga korang seronok la membca erk..kang asik pasal knowledge IT jerk kan..hehe..

so LaYannnzz..



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."


Marilah sama² kita fikirkan dan berusaha lakukan..Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Terima kasih kepada sumber yang menarik dari Jaip perak

* Petikan dari Jaip Perak


ASAL USUL SOLAT & MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.



MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Related Posts with Thumbnails